Monday 29 September 2014

BBM ~ Resepi Aiskrim buat Murid mudah mengHafal

Assalamualaikum..

wauu... dasat tak tajuk entry kali ni???
BBM ~  Resepi Aiskrim 
buat Murid mudah mengHafal

macam dasat je kan?? tapi memang praktikle cara ni.
buktinye... anak anak murid kite mudah menghafal semasa kite buat aktiviti ni dalam kelas..
dah macam kelas masakan la plak kan??

xkesah lah ape orang nak cakap... kite akan lakukan apa sahaja
yang penting anak anak murid kite ingat & paham aper yang diorang blajo dalam klas kite..
alamak kejam la plak... :P opss... semangat wajar la plak ustazah kite nie..

sebenarnyer, PDP kite berkenaan tajuk "Adap sebelum & selepas makan"
jadi kite nak ajo anak anak murid kite doa sebelum & selepas makan
untuk menghafal doa sebelum makan, bagi kite diorang xdek masalah sangat memang rutin mereka 
membaca beramai2 sebelum makan...
ape yang menjadi masalahnyer.. adalah menghafal doa selepas makan



erm... temenung kite kat rumah macam mana nak ajor esok...
tibe tibe kite ader idea wat aktiviti macam kat maktab...jeng jeng

kite ngan cik tun... :)
bersemangatkan kami menggoncang aiskrim ni kan???
hihihi xsabar nak tgk hasil mcm ner
muler2 macam tak caye bley jadi...

ni la hasilnyer... 
xcited kan kite & kawan2 kite...

berbalik semula pada cerita kite, resepinye ialah:


garam



ais batu



plastik 



susu kotak dutch lady chocolate


ataupun susu sekolah yang tak abeh yg masih elok lg.



--------------------------------------
step 1 : tuang air suss coklat td didalam plastik aiskrim..
buat macam aiskrim malaysia tu.. 


step 2: letakkan ais ,garam, & air coklat tadi dalam plastik besar macam gambo kat atas
kalau xjumpe @ xde plastik mcm gambo kat atas.. bley la ikat gune getah jer...

nak bagi tip sket: kalau korang nak bagi ais tu tahan lama xmudah cair... letak lah gamram banyak sket.. so cepat sket beku & boleh makan...yummi


letakkan ais

letakkan garam & aiskrim

step 3: balut ngan main elak tangan korang yang beku...hiihi..


ni la akibatnyer kalau kite tak balut plastik td ngan kain..hihi

step 4: bley la start goncang..ke kana ewahh ke kiri ewahhh...hihihi


goncang ke atas ke bawah ke tepi... sambil menghafal doa selepas makan



sambil bernasyid alif ba ta pon bley buat,...


ok dah siap...masing masing tunjuk hasil kerja mereka...:)
alhamdulilah semua dah kepenatan menggoncang aiskrim buatan mereka sendiri..
& doa selepas makan pon dah ingat... alhamdulilah...:)
k.la, akhir skali nasihat saya... try la buat aktiviti ni..
 insyallah murid murid seronok nak belajar ...daaa


Jom kenali anak anak Sindrom Down

Anak - anak Sindrom Down


ni gambo anak anak didik saya yang manje manje blake...
babap baru tau... manje sangat...

suka saya nak nak berkongsi sedikit ilmu berkenaan 
anak anak sindrome down..
sumbernyer ader saya serta kan dibawah..
jom bace...







Apakah Sindrom Down?
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. Nota:
  • Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.
  • Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866.

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?

Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid).
Ciri-ciri fizikal
Ciri-ciri fizikal termasuklah:

  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.

Masalah Kesihatan yang berkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar daripada program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat daripada doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal anda.
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur.
    • Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
    • Lambat atau sukar dalam pembelajaran.
    • Lambat dalam pertuturan.
  • Penyakit jantung kongenital.
    • Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Kecacatan pertumbuhan perut.
    • Intestinal atresia.
    • Tiada dubur - Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu dibedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Mudah mendapat jangkitan.
    • Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera apabila demam atau nampak kurang sihat.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
  • Gangguan fungsi Tiroid.
    • Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin.
    • Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
  • Barah (kanser).
    • Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.



Pencegahan
  • Kaunseling genetik: Risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga Sindrom Down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.
  • Kadar risiko kejadian berulang adalah 1%.
  • Amalan merancang keluarga.

Pemulihan
  • Program intervensi awal.
  • Terapi carakerja.
  • Terapi pertuturan.
  • Pendidikan khas.
  • Latihan kemahiran khas.
Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).
Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.
Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.

Kumpulan Sokongan
Terdapat banyak kumpulan sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati dari internet. Contohnya:
  1. Kiwanis Down Syndrome Foundation
    Alamat : KDSF-National Centre
    Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1,
    Taman SEA, 47400 Petaling Jaya
    Tel: 03-78030179
    Fax: 03-78064862
    Website : www.kdsf.org.my
    E-mail : admin@kdsf.org.my info@kdsf.org.my
     
  2. Persatuan Sindrom Down Malaysia
    Alamat : 79 Lingkungan U-Thant,
    55000 Kuala Lumpur
    Tel : 03-42579818
    Website : http://www.mysindromdown.org 
    E-mail : psdm@tm.net.my
     
  3. Langdon Down Centre
    2a Langdon Park Teddington TW11 9PS
    Tel : 0845 230 0372
    Fax : 0845 230 0373
    Website : http://www.downs-syndrome.org.uk
    Email : info@downs-syndrome.org.uk
     

ok info dah abeh...daaa....
nnt kite share lg...

Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 Institut Pendidikan Guru KPM 2014

Assalamualaikum sahabat semua...

PENGUMUMAN MAJLIS KONVOKESYEN
DIPLOMA PENDIDIKAN DAN
DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NOVEMBER 2014
Majlis Konvokesyen November 2014 akan diadakan pada 24 hingga 27 November2014 bagi menganugerahkan Graduan Diploma Pendidikan dan Diploma Perguruan Malaysia.
Majlis Konvokesyen November 2014 akan diadakan di Dewan Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada semua graduan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai semua.. kite nak stori mori sket kat sini... Ce tengok kat tajuk & bace perenggan diatas..??
erm.. excited tak?? erm.. ramai yang akan sebut...
konvo??? duit lagi...
almaklumlah bacth kitorang tak diposting kan lagi...
so sangat sedih la kan.. segala aktivti yang melibatkan duit ni...
xperlah.. kite berdoa supaya tarikh posting dicepatkan, redha dengan kehendaknya  &
 berusaha untuk cari kerja parttime..amin..
ahak ahak... :)

berbalik semula pada topik kite iaitu... konvo...

Hari ini bersamaan 30 september 2014
so, jom pakat daftar kehadiran graduan di website dibawah:


http://www.lmsipda.net/konvo2014/B2pengumuman.php

kemudian korang klik kotak berwarna merah..


isi la no kad pengenalan anda
dinasihatkan supaya meletakkan (-xx-) diantara no tengah tengah ic anda
contoh:

(xxxxxx-xx-xxxx)


bile dah isi ic korang, akan keluar seperti gambar diatas 
& ucapan tahniah ...ahak ahak... xcited mcm xpenah konvo kan??

Tahniah! NURUL AINI BINTI MUHALIP
[ NO KP :xxxxx-xx-xxxx ]
dari INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 
anda layak untuk menyertai Konvokesyen November 2014

kemudian..

klik la kehadiran korang kat bawah tu..
samaada nak hadir @ tidak hadir
akhir skali klik sahkan kehadiran..
solosai sudah..:)


selamat berkonvo sahabat sahabat ku... jumpa kat sana nanti.. daaa


BBM ~ Memperkenalkan AIR MUTLAK secara kreatif

Assalamualaikum..

entry kali ni, kite nak share Bahan Bantu Belajar...@ aktiviti yang boleh dilakukan dalam klas.
mungkin ramai yang kurang idea yang kreatif..
bile nak ajor tajuk "AIR MUTLAK" dalam klas....
lagi lagi la kepada guru- guru yang mengajar anak anak khas bermasalah pembelajaran
lagi lah kene idea yang kreatif dan inovatif...

idea ni kite dapat dari maktab..
biasalah time cuti sekolah kite akan masuk maktab untuk menuntut ilmu didada..
di IPG Raja Melewar Seremban, nogori..
konon konon rajin la kan?? ecehhh...:)

ce intai sket picture kat bawah...nampak macam susah je kan nak bentuk tanah liat ni & nak pegang bende lembek lembek ni??
tapi sebenarnye bile dah pegang.. uli uli sket...
wahhh sangat seronok rupenyer...
padan la anak anak muridku disekolah kalau diberi 
doh tepung tu... uli uli  sampai xhingat dunia...hihi




ni Ustaz Hadi.. pensyarah kite sporting morting abeh la...:)
time ni ustaz tengah bagi markah.. so kite pon snap sket...
comey ustaz nie... bg la markah lebih sket.. opss..


gambar kat bawah ni adalah hasil kerja buat kawan kawan kite...
tomey tomey kan ??
geram plak kite tengok.. rase nak bawak balik je semua...
sabar sabar... hihihi...


1. AIR SUNGAI


2. AIR LAUT (group kite yang bust)...eceh eceh...tomey kan??


3. AIR EMBUN


3. AIR EMBUN


4. AIR HUJAN


5. AIR MATA AIR  (jgn terpengaruh dengan gambar ini)...hihi


6. AIR SALJI





7. AIR TELAGA



ni ahli kumpulan kite... farahin & iqa
kami buat air laut.. tp tak siap lg ni...


shafiqa, zawani, kite & mama liena...


air salji ni... tersangat la comey...
geram sgt sgt... rase nak babap jer patung salji ni... huhuhu

korang jgn hingat anak anak istimewa xbley buat ya??
sebenarnyer kawan kite dah try apply aktiviti ni dlm pdp die..
die ader la tunjuk gambar hasil tangan anak anak murid dier,,,
wahhhhh....

masing masing ngange dengan luas....waaaaa


manyak tomey... sy suka sy suka sy suka....
walaupon diorang ni istimewa.. tapi hasil tangan diorang double triple kreatif & comey 
dr kitrang...itu la kuasa Allah swt..kan...
so pas ni jangan sesekali pandang rendah pada anak anak istimewa ya??
ermm...
k.la, sampai disini dulu celoteh kite... daaa..



Sunday 28 September 2014

BBM~ Lilin Hiasan DIY


Assalamualaikum..sahabat sahabat semua..


Lilin DIY... comey x??

entry kali ini, kite nak share macam ner nak buat lilin hiasan buatan sendiri
comey sangat... hihi macam puji diri sendiri jer..huhuhu
benda alah ni kite blajo kat kelas "seni pendidikan"
best sangat ... pensyarah pon sporting...:)



















pictr kat atas ni adalah Lilin terapi ...huhuhu hebat kan?? bau vanila body shop.. xagakkan?? itu je yg ader dlm kete..
accessory kat atas tu adalah crayon buncho yang dihiris hiris
macam senang jer ..meh kite ajor mcm ner nak buat
lilin terapi...


Bahan-Bahannye..:

1. warna crayon
2. lilin warna puteh 

3. kuali kecik
4. dapur 
5. mancis
6. wangian @ losyen



Add caption
pilih crayon brand buncho ya? sbb brand ni mengandungi lilin
so lagi senang keje mencairkan lilin..


first step: panaskan kuali kecik kite tuan puan... dah macam master chef la plak

step ke2 : patahkan lilin & warna crayon yang kite suke & wangian -titis sajer



auchak...posing sket sementara menunggu lilin & warna cair & sebati


tip: jgn lupe kacau @ gode lilin & warna..
kang xsebati plak lilin DIY KITE...kang ader yang beketul ketul..
dah tak cantik kan..

Step ke 3: bile day sebati.. tuang la kat atas acuan yang kite nak..

akhir skali... tunggu lilin sejuk siap..

kalau sesiapa nak yang berlayer layer kite bley tuang 1 warna kemudian tunggu sejuk baru tuang
warna yang lain seperti lilin lapis... macam kek lapis sarawak x pictr lilin kite kat atas td? huhuhu

sekian saja resepi lilin DIY kite..

selamat mencuba...daaa.



Friday 26 September 2014

CARTA BULAN PUASA Anak anak didikku..



Assalamualaikum..



erm.. mesti pelik kan tetibe entry kali ni.. pasal carta bulan puasa anak anak didikku..
saja nak mengimbau puasa tahun lepas di perantauan.. eceh..
xdekla perantauan sangat..huhuhu kat klantan jer.. ahak ahak..

Untuk tahun lepas kite buat "program ihya Ramadhan" 
untuk anak anak didik kite
dah macam report skolah la plak kan kan? huhu

kite sediakan aktiviti bertadarus sambil membetulkan  bacaan, tajweed, 
makhraj bagi ayat ayat lazim.. bukan lazim kalimi musaqol ya tuan puan..
juzuk amma..:)
Alhamdulillah sambutan dari guru- guru pon memberangsangkan..
thanks semua kakak kakak & cikgu cikgu lelaki sbb bg kerjasama yg jitu.. eceh..:P

murid murid plak bersemangat wajar mengalunkan bacaan ayat ayat lazim
walaupon dalam keadaan penat xlarat sebab berpuasa..huk huk babap baru tau..:P
macam la xmakan langsungkan kan..hihi..:P
selepas baca ayat lazim.. murid murid berebut rebut nak warna
 kat carta bulan puasa.. :)

senang jer buat dier... kite buat kat microsoft word..
selamat mencuba idea ni... xsusah pon nak buat hati anak anak didik kite seronok kan?

carta bulan Puasa... 2013
Program pendidikan khas integrasi
sekolah kebangsaan kok lanas, kota bharu klate boh

murid murid yg malas malas nak pose pon dah rajin rajin..huhu alhamdulillah..:)
erm, nak tau dak sbb aper???
kite dah janji siapa yg rajin mengaji @ bertadarus & berpuasa
ustazah nak bagi hadiah... kita bagi "IQRA warna PINK" sorang satu.. opss..
siap balut & kite request kat penyelaras kite
nak bagi hadiah ni kat perhimpunan sekali ngan program khatam Alquran.
baru la semangat diorang nak sambut ramadhan tahun depan kan..??
tapi kite dah xdek... huhuhu semoga amalan ini dapat diteruskan..

Alhamdulillah bereh blako.. thanks semua..:)

Origami & Anak anak murid ku..

Entry kali ni kite naK share.. satu tip kepada bakal bakal cikgu macam kite ni
yang nak save budget tapi nak jadi pemurah & kreatif..

so, korang bley cube cara saya
 iaitu
memberi ORIGAMI yang comel2..
xpayah nak risau risau xpandai lipat ke per...
semua die ajor..

see.. kite yang tangan kayu pon bley buat.. :)
seronok aktiviti ni.. budak budak pon happy..:)

kite kan amek j-QAF, kite ajar PAI & kemahiran hidup
so xberpeluang nak ajar seni.. subjek yg sgt sgt seronok sbb kite boleh masukkan skali 
terapi... eceh eceh.. sejak terjadi cikgu ni terapi bagai kan..
jadi kite bagi kat budak yang siap keje dulu..
xmain main dalam kelas kite..
almaklumlah kite kan ngajo kelas 
program pendidikan khas integrasi (bermasalah pembelajaran)

Alhamdulillah strategy hie berjaya..



sebelum buat aktiviti esok kat sekolah.. cube try test  dulu ustazah die buat kat rumah..
hihi... seronok..



khusyuk tak ustazah die buat origami..ahak ahak..:p


erm lupe plak nak share website " KROKOTAK" tu..

korang bley klik kat website dibawah...







selamat mencuba... daaa...:)