salam semua...
Hari ni kite nak share cam ner nak dapat duit dengan mudah melalui iklan nuffnang...
inför ni kite copy paste 100% dari blogger lain..
sebagai rujukan kite n kawan kawan.. sbb susah nak cari infor ni..
kalau nak tau lagi pasal buat duit di nuffnang .. korang bley klik blog die...
banyak jugak la tip yang die tulis.. jom layan...
-----------------------------------------
Rahsia Terbongkar Buffered Earning CPUV, CPC & Blogbuster Nuffnang
Assalamualaikum pembaca blog BBL & korang sedang stakler cara kumpul duit dengan Nuffnang. Okay, ini tips di beri oleh Nuffies sempena Nuffnang Lovin @ Aloft KL 2 minggu lepas. BBL nak kongsi jugak tips cara nak buat Nuffnang sayang ketat-ketat korang.
Apa itu Nuffnang?
Nuffnang adalah syarikat pengiklan digital yang menawarkan pelbagai aktiviti, peraduan, event & peluang menjana pendapatan kepada blogger. Bak kata blogger, boleh buat duit dengan iklan Nuffnang di blog kacak & cantik milik korang.
Ada beberapa jenis kempen earning ditawarkan kepada blogger.
1. Kempen CPC - Cost Per Click
Kempen CPC paling senang nak kumpul duit. CPC dibayar mengikut jumlah klik pada iklan nuffnang tapi awas jangan cuba-cuba klik iklan di blog sendiri. Kan tak pasal kena ban oleh Nuffnang. Biasanya CPC bergantung jumlah klik oleh pembaca blog. Setiap klik di bayar RM0.25 & akan dikredit bila kempen iklan tersebut tamat. Biasanya BBL tolong klik iklan setiap kali blogwalking, tak salah tolong menolong. Esok lusa dorang datang blog & klik iklan di blog kita. Sama-sama kumpul duit kan.
2. Kempen CPUV - Cost Per Unique Visit
CPUV susah sikit nak dapat tapi bila sekali dah dapat CPUV memang akan di banjir dengan kempen CPUV. Okay, CPUV dikira mengikut jumlah unique visit yang datang ke blog kita.
Apa pulak unique visitor ni?
Unique visitor dikira apabila ID berlainan masuk ke blog kita. Contohnya :
Zaina Zain di Bentong,
Fara Fafau di Shah Alam,
Fahrin Ahamad di Terengganu,
Shiela Hamzah di Perak
& Hatta Dolmat di Melaka.
Kesemuanya sedang online & membaca entri di blog BBL.
Secara automatik BBL dapat 5 unique visitor sebab masing-masing dari ID berlainan
(laptop masing-masing)
Tapi jika mereka berlima berkumpul & menggunakan satu laptop,
iaitu ID address sama maka mereka di kira 1 unique visitor tapi 5 page view.
Kan berbeza unique visitor & page view.
Bahasa mudah, setiap pengunjung baru datang baca blog kita, itu di kira unique visitor &
pengunjung yang selalu baca blog kita di kira page view.
Cara mudah kumpul unique visitor korang boleh cuba langkah-langkah di bawah :
Biasakan publish entri di Facebook kerana peluang Unique Visitor amat tinggi.
2. Ping entri di Busuk.org, Gempak.org, Pingje.org atau laman entri post lain.
Cara ini pun senang nak dapat beribu Unique Visitor.
3. Rajinkan diri blogwalking, tinggalkan komen setiap kali baca entri blogger lain.
Kalau asyik mengharap orang lain datang singgah blog kita, susahlah macam tu.
Kena ada sifat tolong menolong dalam berblogging, jangan malas untuk buka blog lain.
4. Sentiasa update Survey Profile Nuffnang setiap bulan kerana kempen CPUV di pilih mengikut jenis blog profile. Contohnya, Maybelline Malaysia nak iklankan Lipstik terbaru.
Maka blog profile berkisar mengenai beauty & fashion akan mendapat perhatian dulu.
Cara pembayaran CPUV
Pengiklan akan membeli sejumlah pengunjung Unique Visitor blog (UV) korang. Kempen akan tamat bila dah capai kuota atau jumlah target telah dicapai. Contohnya, pengiklan dari Proton akan membayar korang untuk setiap 1 UV dengan harga RM0.10 dengan had maksimum 500 UV atau RM50.00 bagi 500 UV sepanjang tempoh kempen berjalan.
Sssetengah pengiklan membayar korang untuk tempoh tertentu seperti seminggu atau lebih.
Andaikan selama 7 hari iklan CPUV dari Proton berputar-putar keluar mengikut masa telah di tetapkan seperti awal pagi, tengahari atau lewat malam & pihak iklan akan membayar mengikut jumlah UV yang datang blog korang. Katakan UV semasa kempen berjalan ialah sebanyak 1,000 UV & pengiklanan bayar RM0.20 untuk setiap UV maka korang akan dapat RM200.00 hasil dari 1 kempen.
Kalu jumlah peratusan dah capai 1,000 CTR, secara automatik akan dapat Bonus CTR. Contoh, pengiklan Proton hanya nak 1,000 UV sahaja tapi korang terima lebih dari 1000 UV maka Nuffnang akan memberi bonus. Bonus ini di bayar oleh Nuffnang bukannya pengiklan.
Paling penting, kena upgrade tema atau rupa blog korang biar cantik-cantik & kacak. Pemilihan CPUV akan dilakukan oleh pengiklan & bukannya Nuffnang. Nuffnang hanya sediakan list blogger berpotensi untuk di pilih oleh pengiklan.
3. Advertorial Sponsor Post
BBL pernah dapat sekali sponsor post untuk Nestle Yogurt : Blogger Recipe Challange. Cuma sediakan 1 resepi berasaskan yogurt tut tut dapat bayaran RM150.00. Sama juga jemputan ke event pelancaran produk terbaru, siang pergi event lepas tu balik rumah buat entri pasal produk tersebut & hujung bulan tunggu duit cash-in. Biasanya Nuffnang akan hantar email kepada Nuffnangers mengenai cabaran sponsor post ni. Tepuk dada sama ada rajin nak join atau tidak.
4. Kempen Blogbuster
Ini kempen paling masyuk dalam sejarah Nuffnang. Korang akan diminta menghantar video selama 10 saat mengenai sesuatu produk kepada Nuffnang kemudian pengiklan akan memilih video yang menepati syarat kelayakan. Barulah video tersebut akan di play di blog korang. Contoh, Ambi Pure nak promosi dengan Air Wick so korang buatlah apa video mengambarkan betapa segarnya guna Air Wick dalam rumah. Paling best, setiap video yang di play akan di kredit RM0.50. Time ni lah korang nak attack ramai reader baca blog.
BBL pernah dapat kempen Blogbuster Volkswagen Blue tapi waktu tu masih blur jadi tak submit pun video. Sedih.
5. Rajinkan diri join event Nuffnang
Tak semestinya korang perlu join event Nuffnang. Ye BBL tahu ramai blogger tinggal jauh dari KL. Shortcutnya, apa jua contest, cuba ringan jari jemari korang untuk submit 1 penyertaan. Soal menang kalah itu letak no 7. Walaupun suka-suka nak penuhkan kotak peserta, akhirnya BBL menang Churpie flushie. Yahoo.
Jangan lupa submit tiket kepada Nuffnang, untung-untung dapat 1 kempen CPUV kan. Alhamdulilah merasa jugak duit Nuffnang tahun ni. Selepas sebulan cash out, dah sampai cek depan pintu peti surat.
**Tujuan penyiaran gambar diatas bukan berniat tunjuk menujuk, sombong mahupun riak tahap super dewa cuma nak berkongsi pengalaman supaya ada semangat untuk korang berblogging.
BBL akan update lagi tips lain nanti ya. Harap-harap tips ini berguna untuk korang.
BBL ~ asyik sibuk je ni
[>,<]~~
2 comments:
terima kasih untuk shotout ni ustazah.
boleh ikut tutorial blog ini. semoga bermanfaat.
http://pening-pala.blogspot.com/2013/11/cpuv-cara-hantar-tiket-nuffnang.html
thanks ya @Marou Apple Hijau.. share link ni..
makaseh manyak manyak..;)
Post a Comment