Monday, 17 November 2014

Mari mengenal murid murid autisme


Assalamualaikum
Hai sahabat sahabat semua, kite nak share info mengenai anak anak istimewa bermasalah pembelajaran iaitu anak anak autism.  apa itu autism?? 

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".
Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.
autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.
autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.



Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:
  • kurang atau tiada kontak mata
  • kurang ekspresi muka
  • tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
  • mengulang kata-katanya secara berulang kali
  • kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
  • tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin 
  • melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
  • mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu
Sekiranya anda mengenali kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri tersebut, silalah bawa kanak-kanak itu ke klinik/hospital/pakar untuk mengenalpasti diagnosa autisme. Dengan adanya intervensi dalam aspek social dan pendidikan, maka banyak masalah yang berkaitan dengan autisme dapat dikurangkan dan dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak autisme serta ahli-ahli keluarganya.



No comments: